ZEN Faucet

ZEN Faucet telah dibangunkan sebagai alat pemangkin pertumbuhan komuniti Horizen, menyediakan laluan mudah bagi menghubungkan pengguna baru dengan ekosistem Horizen. ZEN Faucet memberikan anda ganjaran ZEN secara percuma, seterusnya menawarkan cara yang termudah untuk anda menerima dan menghantar transaksi buat kali pertama. ZEN Faucet juga memberikan anda peluang untuk mempelajari dan meneroka sendiri produk hebat kami termasuk:

Cara Menggunakan ZEN Faucet

Paparan Umum

Horizen Faucet

Tuntut

Anda tidak mempunyai wallet rasmi Horizen
Sekiranya anda belum mempunyai wallet Horizen, sila lawati halaman rasmi wallet kami dan pilih wallet yang sesuai dengan keperluan anda. Kami menyarankan anda untuk menggunakan wallet flagship kami, Sphere by Horizen. Kami tidak menggalakkan anda menggunakan alamat Exchange kerana setiap Exchange mempunyai peraturan tersendiri dan had minimum transaksi deposit. Banyak isu yang akan timbul sekiranya anda menggunakan alamat Exchange.

Anda mempunyai wallet rasmi Horizen

Lihat video untuk rujukan:

Kaunter bintang

Di bahagian atas skrin, anda akan dapat melihat kaunter bintang yang akan bertukar warna kepada kuning sebaik sahaja anda telah berjaya membuat tuntutan. Setiap kali anda membuat tuntutan harian secara berturut-turut, anda akan mengumpul sebanyak satu bintang (di antara 20-30 jam daripada tuntutan anda yang terakhir). Apabila anda telah mengumpul sebanyak 5 bintang, anda layak menyertai pusingan bonus! Dalam penerangan seterusnya, anda akan mempelajari bagaimana kaunter bintang berfungsi secara terperinci.

Peraturan kaunter bintang:

Pusingan Bonus

Pusingan bonus hanya akan diaktifkan dalam dua keadaan berikut:

Mari kita bincangkan perkara-perkara berikut dengan terperinci:

Apabila rujukan telah diaktifkan

Diaktifkan bermaksud rujukan anda sudah didaftarkan dengan menggunakan pautan jemputan anda dan telah berjaya menuntut ZEN dari Faucet buat pertama kalinya . Setelah kedua-dua keadaan ini berlaku, selepas 24 jam status rujukan anda akan berubah menjadi "Tuntut sekarang". Apabila bebutang diklik, skrin pusingan bonus akan muncul dan anda boleh bermain pusingan tersebut. Perlu diingatkan bahawa tiada had masa akan dikenakan bagi tuntutan pusingan bonus di halaman Rujukan.

Membuat tuntutan secara berturut-turut selama lima hari

Setiap tuntutan berturut-turut akan membolehkan anda mengumpul 1 bintang. Setelah anda berjaya mengumpul sebanyak 5 bintang, anda akan layak untuk bermain pusingan bonus. Pusingan bonus tidak boleh diakru, ini bermakna sekiranya anda tidak bermain pusingan bonus sebelum membuat tuntutan hari keenam berturut-turut, anda akan kehilangan kelayakan untuk bermain pusingan bonus pada ketika itu.

Setiap pusingan bonus akan memberikan ganjaran sehingga 1 ZEN, nilai yang mungkin anda boleh menang adalah 0.0025, 0.1 dan 1 ZEN. Namun, kebarangkalian untuk memenangi ganjaran minimum adalah lebih besar daripada memenangi ganjaran 1 ZEN

Lihat video untuk rujukan:

Tab Bonus

Tab Bonus digunakan untuk menghubungkan akaun media sosial anda ke Faucet. Pada masa ini, anda hanya boleh memautkan akaun Facebook, Twitter dan LinkedIn. Pada masa akan datang, kami merancang untuk menambah lebih banyak pilihan. Jumlah akaun yang dihubungkan akan menentukan pengganda yang akan anda miliki setiap kali anda menuntut dari Faucet. Ini bermakna semakin banyak anda membuat pautan terhadap akaun anda, semakin tinggi pengganda dan semakin tinggi ganjaran ZEN anda!

Ciri baru ini bertujuan untuk memastikan pengguna sebenar Faucet mendapat lebih banyak ganjaran dan mencegah pelaku jahat memperoleh keuntungan daripada Faucet. Anda dapat melihat faedah menghubungkan media sosial anda dengan mengklik pada tab Ganjaran Tambahan.

Lihat video untuk rujukan

Tab Rujukan

Tab Rujukan digunakan untuk menguruskan rujukan anda. Anda mempunyai dua pilihan untuk menjemput seseorang menyertai Faucet:

Dashboard Rujukan Anda

Di sini anda boleh melihat bilangan orang yang telah mendaftar dengan menggunakan pautan jemputan anda. Terdapat tiga status untuk rujukan anda.

Lihat video untuk rujukan:

Tab Rekod

Tab Rekod digunakan untuk menyemak rekod tuntutan anda. Jadual ini mengandungi semua tuntutan yang telah anda lakukan sepanjang masa. Terdapat empat kolum:

Menandatangan dan mengesahkan

Salah satu tanggungjawab kami kepada komuniti adalah untuk menerapkan amalan yang lebih selamat di dunia kripto untuk mempromosikan "safe crypto" dan mengurangkan vektor serangan. Kami telah membuat keputusan untuk menggunakan ciri keselamatan tandatangan dan pengesahan di Faucet. Ciri ini selaras dengan amalan "safe crypto" dan seterusnya memastikan pengguna kami menerima dana Faucet mereka di dompet di mana mereka mempunyai kawalan ke atas Private Key mereka sendiri.

Ciri ini berfungsi dengan cara yang mudah:

Setelah alamat ZEN disahkan, anda akan mendapat lebih banyak pengganda bonus!

Faedah

Untuk mempromosikan amalan "safe crypto", kami memberikan bonus untuk alamat yang telah berjaya disahkan.

Membuat tuntutan di Faucet dengan alamat yang disahkan akan membolehkan anda memenangi lebih banyak ZEN! BONUS pengganda 1.5x akan membolehkan anda memenangi 50% lebih banyak ganjaran dalam setiap tuntutan. Anda juga akan berpeluang untuk mencuba sendiri aplikasi flagship kami (Sphere oleh Horizen) dan belajar menyimpan dana dengan cara yang selamat (menggunakan wallet bukan kustodian).

Penting untuk diingatkan bahawa kebolehan mengurus Private Key sendiri bererti anda mempunyai kawalan penuh terhadap dana anda.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk menuntut ganjaran Faucet tanpa melakukan pengesahan alamat, pengganda 0.5x akan digunakan untuk nilai akhir tuntutan anda . Selain itu, deposit ganjaran Faucet bagi alamat yang tidak disahkan juga akan dilakukan hanya seminggu sekali, iaitu pada setiap hari Isnin . Jumlah ZEN anda yang terkumpul dari minggu sebelumnya akan dimasukkan ke alamat anda. Anda dapat melihat baki tertunda anda di halaman "Ganjaran Ekstra".

Cara-cara menandatangan dan mengesahkan

Proses menandatangan dan mengesahkan bergantung pada jenis peranti yang anda gunakan.

Sweet HODL! Bonus

Kami memperkenalkan struktur bonus terbaru yang menawarkan pengganda Faucet dinamik bagi semua pemegang ZEN!

Bagaimana bonus ini berfungsi?

Di halaman Ganjaran Ekstra terdapat bahagian Sweet HODL! Bonus di mana anda dapat melihat sendiri pengganda yang diterapkan kepada tuntutan anda. Untuk meningkatkan pengganda anda, anda perlu menyimpan (HODL) ZEN di dalam wallet anda seperti yang dinyatakan di dalam grafik. (Contoh: Anda perlu mempunyai baki 0.25 ZEN di dalam alamat ZEN anda untuk menerima pengganda sebanyak 1.25x).

Setelah anda mendapatkan ZEN yang diperlukan, anda perlu menyimpan (HODL) sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk mendapatkan bonus anda. Lebih tepat lagi, anda perlu menunggu sehingga sebanyak 576 blok telah diproses

Selepas 24 jam atau 576 blok, pengganda bonus akan ditunjukkan pada grafik dan akan digunakan pada tuntutan harian anda. Anda akan terus mendapat bonus anda selagi anda mengekalkan baki minimum.

Mari kami jelaskan perkara ini langkah demi langkah.

Tidak mahu menunggu untuk mendapatkan pengganda bonus maksimum?

Anda boleh membeli ZEN dengan mudah! Anda hanya perlu klik bebutang "Beli ZEN" atau memilih rakan kongsi pilihan anda untuk membeli ZEN daripada senarai rasmi exchange kami.

FAQ

Apakah alamat ZEN?

Alamat ZEN adalah tempat di mana anda akan menerima matawang kripto kami, ZEN. Untuk mendapatkan alamat, anda perlu memasang wallet terlebih dahulu. Untuk itu anda boleh melawat laman rasmi wallet kami. Kami mengesyorkan kepada anda secara peribadi menggunakan Sphere by Horizen, tetapi anda boleh memilih mana-mana wallet yang sesuai dengan anda. Sekiranya anda baru ke dunia matawang kripto, kami mengesyorkan kepada anda untuk melawat akademi kami dan membaca bahan pembelajaran yang kami sediakan. Anda boleh mula membaca artikel kami What is a wallet?. Segala kandungan dan bahan pembelajaran di dalam akademi ini adalah percuma!

Berapa kerapkah pembayaran dibuat?

Bayaran dibuat setiap minit untuk mengoptimumkan prestasi pelayan (server).

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak dibayar?
  • Sekiranya anda menggunakan alamat Exchange:
    • Exchange mungkin mempunyai had deposit minimum yang mana had ini pada kebiasaannya adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dituntut dari Faucet, maka baki kecil yang tidak melepasi had minimum tidak akan terpapar di alamat exchange anda.
    • Sekiranya akaun exchange anda mempunyai bilangan blok pengesahan minimum, transaksi hanya akan terpapar setelah melepasi bilangan blok minimum pengesahan tersebut. Pengesahan ini mungkin akan mengambil masa yang lama, bergantung kepada keperluan exchange terhadap bilangan blok minimum yang perlu disahkan. Setiap blok secara purata dilombong setiap 2.5 minit (kemungkinan berbeza bagi setiap blok, ini hanyalah secara purata).
  • Sekiranya anda menggunakan salah satu daripada wallet kami, seperti Sphere by Horizen, anda akan menerima ganjaran tuntutan sejurus selepas satu blok pengesahan sahaja.
    • Setelah anda mengesahkan bahawa anda tidak dibayar selepas melihat rekod transaksi di halaman Rekod, sila hantar tiket di Horizen Service Desk dan berikan penerangan secara terperinci terhadap kes anda dan kami dengan berbesar hati akan membantu anda dengan segera.
Error Message: Due to faucet abuse, proxy are not allowed

Disebabkan VPN dan proksi adalah beberapa alat yang boleh digunakan untuk penyalahgunaan Faucet, maka kami telah melarang penggunaan VPN dan pelayan proksi buat masa ini. Oleh sebab kami menghargai privasi, kami akan melaksanakan penyelesaian yang lebih baik dalam masa yang terdekat.

Adakah anda menerima mesej ralat tanpa menggunakan VPN atau pelayan proksi?

Tiada masalah, sila hantar tiket di Horizen Service Desk dan kami dengan berbesar hati akan memberikan anda akses.

Tidak dapat membuat tuntutan selepas 20 jam daripada tuntutan sebelumnya?

Peraturan sebenar Faucet adalah hanya 1 public IP address bagi setiap pengguna, tetapi malangnya terdapat penyedia perkhidmatan Internet yang mengitar semula public IP address. Jadi, ada kemungkinan dua pengguna Faucet berbeza menggunakan IP address yang sama.
Penyelesaian Interim: Tukar rangkaian dan cuba akses Faucet semula.

  • Gunakan data mudah alih anda untuk membuat tuntutan Faucet.
  • Gunakan rangkaian yang berlainan apabila membuat tuntutan Faucet.
Error Message: There is already a registered account with your IP in the system

Isu ini berlaku kerana sebab yang sama seperti dalam jawapan sebelum ini. Cuba lakukan perkara yang sama: Tukar rangkaian dan daftar semula.

  • Gunakan data mudah alih anda untuk membuat tuntutan Faucet.
  • Gunakan rangkaian yang berlainan apabila membuat tuntutan Faucet.
Mengalami isu penerimaan e-mel pengesahan ketika mendaftar?

Sila hantar tiket di Horizen Service Desk dan kami dengan berbesar hati akan menyelesaikan segala isu berkenaan pendaftaran anda.

Bolehkah saya menyemak rekod pembayaran atau rekod tuntutan pusingan bonus saya?

Ya, sila lihat tab Rekod, anda boleh menyemak semula segala rekod tuntutan dan pembayaran anda dan juga pusingan bonus.

Kenapakah kaunter bintang saya ditetapkan semula kepada sifar?
  • Setiap kali anda terlepas tempoh ganjaran (20 hingga 30 jam di antara tuntutan), kiraan bintang akan ditetapkan semula kepada sifar.
  • Apabila kiraan bintang telah mencecah 5 bintang, pusingan bonus akan diaktifkan dan selepas dituntut, kaunter bintang akan diset semula kepada sifar.
Bagaimanakah sistem rujukan berfungsi?

Bagi setiap rujukan Faucet yang telah diaktifkan (rujukan mesti mendaftar dengan menggunakan pautan anda melalui tab Rujukan), anda akan diberikan ganjaran pusingan bonus, di mana anda berpeluang untuk memenangi sehingga 1 ZEN!

Apakah penyalahgunaan Faucet?
  • Segala jenis perbuatan dan niat jahat untuk menggunakan Faucet berbeza daripada pernyataan misi dan / atau mempengaruhi penggunaan pengguna lain pada Faucet.
  • Contohnya ialah bot, automasi, atau pendaftaran akaun yang berlebihan.
  • Kami berhak untuk melarang sebarang akaun yang kami rasa telah melanggar pernyataan misi Faucet.
Donate: znmJjX4QyLeZJFawTCP35T7tqfdhNQMNZEJ